Saturday 30 April 2011

Pembuangan orang Morisco .

Disini aku masih ingin bercerita tentang golongan Morisco tetapi berkenaan pengusiran atau pembuangan mereka dari negara Sepanyol . Dasar ini bermula apabila Raja Phillip memerintahkan golongan Morisco supaya diusir dari Sepanyol  kerana pihak pemerintah Sepanyol tidak percaya dengan golongan tersebut .

Pihak Pemerintah Sepanyol mengambil sikap tersebut kerana takut pemberontakan golongan Morisco berulang kembali kerana sebelum itu golongan Morisco yang diketuai oleh Aben Humaya memberontak akibat layanan tidak adil yang diberikan oleh pihak pemerintah terhadap golongan Morisco .

Akibat dasar ini kebanyakan golongan Morisco dihalau keluar dari Sepanyol dan kebanyakan dari mereka berpindah ke Afrika Utara dan sesetengah berpindah ke Livorno di Italy .

No comments:

Post a Comment